514

Walau Apa Terjadi Anak Nusa Ini Akan Hadapi

Wednesday, February 9, 2011

seram : KP vs PK (Kakak Ponti vs Pegawai Kadet)

Pengalaman yang paling menarik adalah apabila di usik oleh hantu.... ini kisah benar takda tipu-tipu punya. Kisahnya begini pada setiap rabu malam kami akan di uji mental dan fizikal biasa latihan akan bermula pada pukul 10 p.m hingga 12 a.m. consider sebab kami juga penuntut ipta jadi sebelum pukul 10 tu belajar dulu la.. boleh di katakan setiap minggu kami akan hadapi malam ni hingga la pada satu hari..tepat pukul 10 seperti dalam orders kami semua telah berbaris dan berlari menuju ke padang bola sepak UiTM Melaka. Sekarang ni dah takda rasanya sebab dah dibuat bangunan tempat tu.. malam tu tak macam malam2 sebelumnya sebab pegawai kadet wanita lambat sampai jadi kami yang lelaki tunggu la di atas jalan tar sebelah padang.. lambat sangat sampai kami leka berbuaL TIBA-TIBA KAMI MENDENGAR SATU SUARA PEREMPUAN YANG NYARING DAN KUAT MACAM PAKAI SPEAKER BESAR. Suara nya berbunyi  Diiiiiiiiaaaaaammmmmmmmmmmmmmmmm.............. SUARA YANG BERALUN DAN PANJANG. Satu skuad dengar dari kami sibuk berbual semua senyap.. dalam hati aku mana datang suara perempuan ni. Kami berada jauh dari kolej-kolej kalau kolej perempuan yang paling dekat pun terletak kat blok G masa tu Blok F UiTM Melaka tak berpenghuni. Memang kuat. Telinga aku pun time tu panas semacam je masalahnya telinga sahaja. Kami tak takut tapi telinga kami panas dan bulu roma tegak berdiri tanpa otak kami memikirkan untuk apa telinga panas and bulu roma berdiri tiba2. Ada orang cakap itu menunjuk kan yang makhluk tu ada berdekatan.. kali pertama kami tak endahkan suara tu kami buat hal kami je sambung balik berbual sementara nak tunggu pegawai kadet perempuan yang tak tiba2 lagi. Sedang kami asyik menyambung perbualan dengan orang sebelah TIBA-TIBA SUARA TU MUNCUL LAGI TAPI KALI NI SUARA TU  TAK SEMERDU N BERALUN-ALUN MACAM YANG PERTAMA. KALI NI SUARA YANG GARAU DAN PENDEK, DIAM(garau)!!!!  Untuk kali yang kedua ni kami sudah faham mana datangnya suara ni jadi kami pun bangun dan angkat kaki la dari situ.. Mungkin ada sebab kenapa perempuan lambat malam tu, aku rasa kalau ada perempuan confirm da histeria malam tu. Jadi KP vs PK takde sapa yang menang kami menghormati KP sebab mereka pun tinggal kat dunia ni gak cuma alam berbeza.







gambar hiasan

Tuesday, February 8, 2011

PROUD TO BE ROTU

Proud to be ROTU




Aku memang cukup minat dalam dunia ketenteraan, cita-cita memang nak jadi askar time kecik-kecik dulu, tapi pada masa yang sama aku juga minat untuk bekerja sendiri. Jadi untuk mengatasi problem ni, saya join Askar wataniah. Askar wataniah adalah unit simpanan tentera darat. Walaupun cuma sebelah kaki dalam angkatan tentera tapi saya amat bangga kerana sekurangnya-kurangnya inilah pengorbanan saya untuk Negara. Tidak semua orang yang berani untuk menyertainya . tiada masa,bos tak bagi, lebih pentingkan kerjaya , nak berehat di hujung minggu adalah antara alasan-alasan yang sering didengari.  Jadi kepada sesiapa yang telah mendaftar diri dan aktif, saya ucapkan tahniah dan setinggi-tinggi perhargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan  kerana sanggup untuk sama-sama menjaga keselamatan tanah air. Walaupun kita punya part sikit je tapi percaya la, bila tiba masanya nanti kita memang diperlukan untuk membantu sebabnya kita adalah orang tempatan yang tau selok belok jalan, ceruk-ceruk, shortcut dan geografi di kawasan kita sendiri berbanding dengan unit tetap, jadi kita boleh membantu mereka dari segi itu dan juga banyak segi contohnya cawangan wataniah pakar seperti TNB,JPA dan KPenglibatan saya dalam Rejimen Askar Wataniah bermula pada tahun 2003sebagai pegawai kadet di dalam PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) ataupun ROTU(Reserve Officer Training Unit).  PALAPES macam ATMA atau sekarang dipanggil UPNM bertanggung jawab untuk menyediakan pegawai ke unit-unit askar wataniah siri 500 di seluruh Negara. PALAPES banyak mengajar aku tentang erti pengorbanan, berdikari, displin  dan berani. Banyak gak pengalaman-pengalaman menarik sepanjang 3 tahun menjadi pegawai kadet. Bila di ingat balik boleh tergelak2 padahal time kena tu perit pedihnya tak terkira. Banyak pengalaman kalau nak diceritakan cakap je nak pengalaman yang mana, rasanya semua ada. Suka,duka,seram, lawak semua ada. Jadi nanti boleh la saya start cerita pangalaman yang pertama. Semoga cerita itu nanti dapat menarik minat adik-adik kita yang bakal masuk IPTA untuk menyertai  ROTU.


JUNIOR
Peringkat yang paling basic kira fresh lagi dalam dunia kadet dan kosong  lagi kepala otak.  Aku adalah pegawai kadet ROTU UiTM Melaka dan kami adalah pioneer di sana. Batch pertama di Melaka,  time tu memang orang masih tak tau lagi. Tapi saya serba sedikit sudah tahu mengenai rotu sebelum masuk uitm. Pada mulanya hampa kerana di Melaka tidak ada ROTU kalau ada pun KESATRIA yang asyik kawad je memanjang.  Tapidisebalik awan mendung tiba –tiba keluar sinaran cahaya huhu aku jalan-jalan kat dining hall tiba-tiba ternampak poster PALAPES apalagi terus je daftar diri, nak masuk pun bukan boleh bagi nama je kena gak jalani ujian kecergasan, IQ, kesihatan dan angkat sumpah.. Alhamdullillah semua ujian aku lepas. Tak banyak lelaki yang masuk tu yang aku pelik tapi mungkin ni IPTA memang kaum diorang gak yang conquer.  WELCOME TO  HELL!!! Ayat yang pertama diungkapkan oleh pegawai disitu Leftenan Muda Rejaie.

WELCOME TO HELL!!!

Ini bukan ragging tapi ini adalah senaman,cume bagi orang yang tak biasa mereka akan menganggap ini adalah ragging. Bagi kami inilah saat saat yang akan dingati dengan hilai tawa kerana bermacam-ragam dapat kita ingat pada masa ini. Ini menjadikan kami lebih kuat kaki dan tangan, mental dan fizikal. Tak hairan la compare badan aku dulu ngan sekarang berbeza yang amat. Naik 15kg setelah meninggalkan dunia kadet.. 

bersambung......

Sunday, February 6, 2011

Kereta secondhand ..... berbaloi baloiiiiiiii

KERETA SECONDHAND

      Kereta memang sangat diperlukan sekarang, nak tak nak mesti kena ada sebiji, tapi tak kisah la yang mahal atau murah. Dengan senario di atas jalan raya yang semakin mencabar  , cuaca yang tak menentu,  bahaya juga kalau naik motor susah juga kalau terperangkap dalam hujan.  Jadi nak beli kereta baru ka atau terpakai ka, terpulang kepada si pembeli.. ..,pada pendapat saya untuk golongan muda –mudi yang baru nak meningkat contohnya ‘fresh graduate’,yang baru dapat kerja, kereta terpakai la jawapannya, mengapa? Kerana dengan membeli kereta terpakai kita tak akan dibebani dengan hutang yang banyak,.Senario di Malaysia, harga kereta jatuh teruk setiap tahun.. contohnya bila anda membeli kereta baru dengan harga RM50000, bila anda keluar kedai sahaja, tinggal RM47 je nilai dia ,harga dah jatuh sebanyak RM 3 ribu, tak hairan la jika bila nak jual balik anda harus topup duit sedikit,, sungguh merugikan untuk golongan yang baru nak meningkat . Duit boleh digunakan untuk tujuan kahwin atau sebagainya. Ada satu kes kawan yang beli kereta  viva tahun 2008 nak trade in sebab nak beli kereta yang lebih besar sebab barang anak je dah penuh bonet kereta, jadi apa yang terjadi kereta tinggal 19k je nilai dia wal hal hutang ada lagi 22k so kena la topup 3k sebab nak let go. Nak terus pakai tak boleh pasal tak larat nak tanggung 2 biji kereta.



Nak beli kereta terpakai, kena pandai pilih la, bawa orang yang berpengalaman untuk tengok kereta sekali, Mengikut pengalaman saya yang tak berapa nak berharga ni, bila hendak membeli kereta terpakai ada beberapa perkara yang perlu kita tengok.. yang pertama tengok  keadaan luaran  kereta pastikan tidak berkarat  sangat, kalau karat sikit2 biasa la. Luaran bukan dari segi cat je, tapi tengok gak lampu semua function, tayar kereta botak ke tidak ,cermin retak ke tak. 






Kedua, tengok enjin pastikan tidak diubahsuai dan tidak ada kebocoran, kalau memang anda sedia pakar dalam jenis-jenis enjin, kalau ada yang diubahsuai kalau dapat enjin power ape salahnya. tapi paling basic pun tengok enjin tu kotor berminyak ke tidak, kalau berminyak sangat maksudnya enjin ada la leak kat mana-mana tu, tapi tu bukan masalah besar tukar gasket je da ok. Selain  tu periksa air ada dalam tangki plastik warna putih, water pump berfungsi ngan baik takda bocor, air bateri, minyk hitam, minysk gear dan lain-lain lagi







Yang ketiga tengok dalaman kereta pastikan semua masih ada dan elok contohnya tempat duduk, cd player, aircond kereta dan yang paling  penting pastikan tak berkarat lantai dia. Biar la kita selesa bila kita memandu, kalau setakat berhabuk tu biasa kita boleh bersihkan , dengan keadaan cuaca yang panas sekarang ni pastikan aircond kereta berfungsi kalau tak cukup sejuk mintak tauke kedai tu tambah gas baru rm 45 . yang bermaksud lantai karat tu untuk kereta-kereta lama tahun 90-an kadang-kadang kita tak sedar yang kereta kita beli tu kereta banjir.. biasa orang jual murah je. Tengok gak stereng rod karat ke tak karat..

 Yang ke empat start enjin pastikan semua lancar takda gegaran yang kuat.. tengok rpm naik berapa. Kalau timing tinggi confirm ada masalah.. tapi boleh di betulkan. Alang –alang pergi belah belakang kereta tengok asap yang keluar dari ekzos, kalau putih biasanya piston atau wasir dia problem, kalau teruk sangat memang kena buat top overhaul  enjin. Kalau asap dia hitam boleh la gagah lagi n kalau takda asap or hampir tiada maksudnya ok la tu. Yang terakhir mintak kunci, culik sorang pekerja pergi la test drive.  Opsss.. jangan lupa pastikan anda tengok no casis dan no enjin mesti sama seperti dalam geran. Kalau tak akan ada problem bila nak tukar nama nanti

 Tapi kalau dah berkenan sangat dengan satu-satu kereta tu dah taknak tengok lain, boleh juga sebab yang paling penting tengok body or casis kereta, kalau macam enjin takde masalah sebab boleh tukar or diperbaiki. Sebelum kita proceed membeli kereta, kita boleh minta penjual untuk servis kereta atau tukar part yang dah tak berapa elok.. jangan risau setiap kereta yang dijual penjual mesti ada untung ribu2 lagi jadi berapa la sangat kalau servis enjin, tukar 2 bijik tayar, atau minyak hitam. Tapi semua tu haruslah di minta dengan ayat-ayat manis baru sejuk hati tauke kedai.. kalau kita macam marah-marah itu tak kena ini tak kena, panas gak la hati tauke tu. 


Kalau nak check samada kereta pernah accident ke tak, ni ada info yang berguna.. ada berapa tempat perlu check,pintu, bonet depan ,bonet belakang ok kalau kat pintu kena tarik getah hitam tu tengok samada ada lagi tak tanda bulat seperti dalam gambar tu. Kalau ada maksud ok la. Kalau takda maksudnye pernah accident , spot tu hilang sebab dia di simen time pomen  nak betulkan pintu or ketuk sebab remuk. Tempat-tempat yang lain kalau tengok agak-agak lain macam something wrong la tu, kalau test drive kereta jalan macam ketam reject je terus. Casis problem tu, da tak sedap nak bawak. Laju sikit abis,pasal da takda keseimbangan.


Nanti saya bagitau lain-lain info pasal nak beli kereta second ni ni pun dah lewat pukul nak tido, esok nak pergi lorong kulit Penang 







Saturday, February 5, 2011

Kereta secondhand ..... berbaloi baloi part 2


 Loan untuk kereta terpakai berbeza mengikut jenis dan tahun ada banyak sangat jenis-jenis kereta di Malaysia ni, jadi sesiapa yang ingin tahu berapa loan yang boleh dibuat boleh la tanya saya melalui comment atau email insyaallah saya akan menjawab since saya ada senarai loan untuk kereta kereta terpakai. Tapi yang saya tahu Cuma jumlah loan dari public bank sahaja. Yang lain rasanya tak banyak beza.

Bila masa yang perlu di elakkan untuk membeli kereta dan masa yang sesuai untuk membeli? Waktu yang perlu dielakkan ialah pada bulan Febuari kerana hamper semua bank di Malaysia akan mengkaji balik jumlah loan yang akan diberi untuk 12 bulan seterusya. Jadi sabar la untuk satu bulan sebab harga boleh turun lagi dalam rm 3k..jadi  masa yang sesuai untuk beli kereta ialah pada bulan Mac dan seterusnya. Kalau anda orang yang sabar boleh la avoid beli kereta dari bulan Disember. Satu lagi info yang berguna anda beli kereta pada 1 Januari 2011 or beli pada 31 Disember 2011 nilai dikira oleh bank tetap 2011 tiada bulan2. Jadi kalau kita beli hujung  tahun rugi bulan la bila kita nak trade in kereta pasal bila kita beli bulan 12 so kita pakai lebih kurang 2 bulan je before harga turun.

Dokumen- dokumen yang perlu di stanbykan ialah salinan kad pengenalan, salinan lesen, slip gaji  3 bulan berturut2, kalau gaji masuk bank just bagi salinan buku bank. Salinan kwsp pun kena bagi juga, cuma ada setengah kedai dia tak minta salinan kwsp tu, cuma bila di submit ke bank  bank yang akan mintak kemudian. Bila bagi salinan kad pengenalan dan ic pastikan semua nya di palangkan supaya salinan tidak disalahgunakan.

Dan yang penting bila kita beli kereta terpakai jangan la kita menilai kereta seperti hendak membeli kereta baru. Complain tu complain ini kalau kita banyak complain sangat baik kita beli kereta baru koyak plastik.. ha baru elok semuanya, Hati penjual pun kena jaga juga, kita pun sama-sama manusia betul tak? Standardla kalau beli kereta terpakai kita harus keluarkan sedikit duit untuk upgrade sikit-sikit mana-mana yang patut . Dan tak salah kalau kita beli kereta terpakai.. biar la apa orang nak cakap diorang beli kereta baru pun hutang tanggung banyak, baik kita tanggung hutang banyak untuk beli rumah. Harga tak akan turun, naik ada . 








KERETA KERETA YANG ADA DI DON AUTO KEPALA BATAS
http://www.mudah.my/li?ca=9_s&id=19646